Ciri-Ciri Usahawan Yang Berjaya
Saturday, October 24, 2015 • 9:12 PM • 0 comments
1.0 Pengenalan
Usahawan merupakan istilah yang
seringkali disebut-sebut oleh masyarakat sejak zaman dahulu. Usahawan banyak
memainkan peranan penting dalam masyarakat setempat bahkan bukan sahaja
memainkan sumbangan dalam diri sendiri, malah dari segi politik, ekonomi dan
sosial . Menurut Coulter (2000) usahawan didefiniskan sebagai satu proses di
mana individu menggunakan usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang
mencipta nilai dan pertumbuhan untuk memenuhi keperluan dan kehendak. Usahawan
memerlukan sesuatu inovasi dan keunikan tidak mengira sebarang sumber kawalan
yang digunakan.Usahawan juga merupakan seseorang yang mempunyai daya dan
pemikiran yang kritis untuk mencipta dan mengoperasikan perniagaan secara
aktif.Usahawan ini merupakan seseorang yang berjaya mencipta sesuatu produk
berdasarkan pemikiran yang kreatif.Mereka juga memerlukan sesebuah inovasi
untuk mempertingkatkan lagi hasil produk keluaran mereka.
Ramai usahawan yang telah mendapatkan hasil berbilion USD dengan
hasil produk mereka sendiri.Semangat juang mereka dapat memperkembangkan lagi
hasil perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa. Kebiasaannya, produk yang
mereka jual kepada orang ramai, mereka akan dapat hasil yang lumayan.Usahawan
yang berjaya kebiasaannya produk mereka sentiasa mengalir dan sentiasa mendapat
permintaan yang tinggi kepada orang ramai. Usahawan yang berjaya mempunyai
pelbagai ciri untuk melariskan lagi produk mereka kepada para pengguna.
Ciri-ciri yang akan dibincangkan merupakan ciri-ciri usahawan yang berjaya
dengan hasil produk keluaran mereka tersendiri. Ciri-ciri usahawan ini boleh
diambil iktibar kepada semua termasuk para pelajar untuk memulakan
perniagaannya dan untuk menjadi usahawan yang berjaya pada masa yang akan
datang.
2.0 Tugasan 1
2.1
Rangkaian (Networked)
Usahawan menggunakan sepenuhnya
interaksi dengan rakan rangkaian mereka dan menentukan cara tindakan terbaik
yang perlu dilakukan. Rangkaian yang berjaya adalah hasil dari perancangan
betul dan berhati-hati dalam membangunkan dan melaksanakan. Usahawan perlu
mencari jalan dan cara untuk mencipta rangkaian yang baik dan memperolehi
manafaat semaksima yang boleh darinya. Rangkaian mestilah menjadi salah satu
taktik utama dalam pemasaran untuk kebanyakkan profesional bebas dan pemilik
perniagaan kecilan. Usahawan mesti menggunakan rangkaian pusat pengguna
(client-centered networking) untuk mengurangkan kos dan masa dalam memperolehi
dan menyebarkan maklumat. Contoh usahawan yang berjaya ialah Ananda Krishnan,
Pengerusi & CEO Usaha Tegas Group Holdings Bhd dan pengasas maxis.
Beliau menjadi terkenal dengan membantu untuk menganjurkan konsert
Live Aid dengan Bob Geldof pada pertengahan 1980-an. Beliau mula membina
empayar multimedia yang kini termasuk dua syarikat telekomunikasi iaitu Maxis
Communications, MEASAT Broadcast Network Systems dan SES Dunia Skies dan
mempunyai tiga satelit komunikasi circumnavigating bumi.Usaha pertama Krishnan
keusahawanan adalah sebuah syarikat perunding Malaysia MAI Holdings Sdn Bhd.
Beliau menubuhkan Exoil Trading, melakukan proses penggerudian minyak di
pelbagai negara. Beliau mula mempelbagaikan arena multimedia.Beliau membuat
pembelian daripada Maxis Communications, syarikat telefon selular terbesar di
negara ini, dari British Telecom, AT & T Corporation, Orange SA, Belgacom,
Royal KPN NV dan América Móvil untuk $ 1,180 juta dengan meningkatkan Maxis
mempunyai lebihdaripada sepuluh juta pelanggan.
2.2
Berani mengambil risiko ( open risk taker)
Setiap usahawan mestilah berani memulakan sesuatu yang beliau
sendiri tidak pasti dan sanggup mengambil sebarang risiko di samping mencari
kaedah-kaedah yang terbaik untuk mengurangkan risiko yang timbul dan
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi yang cara yang berhemah dan
bijaksana. Sebarang kemungkinan untuk jatuh mesti kita sedia terima dengan
tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus membina masa depan
yang cerah. Contoh Usahawan yang berani mengambil risiko ialah Tan Sri
Lim Goh Tong, pegasas Genting Group
Pengasas Genting Group merangkap hartawan Asia, Tan Sri Lim Goh
Tong.yang Berjaya membuka pusat pelancongan terbesar iaitu Genting Highlands
Resort.Kemunculan pusat perlancongan bertaraf dunia itu adalah hasil idea
seorang lelaki Cina yang pernah dilabel sebagai gila suatu ketika dahulu.Ejekan
yang diterima dijadikan pembakar semangat untuk maju. Orang pernah mengatakan
bahawa idea itu tidak akan kemana dan pelaburannya tidak menjanjikan pulangan
modal berikutan tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu. Beliau
telah menyahut cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi
menjimatkan kos. Beliau dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan
gua bedekatan. Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam
sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Beliau juga
akan menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang yang
terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga
pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang
paling berharga.Kini, First World Hotel merupakan antara hotel terbesar di
dunia.Antara salah satu sifatnya adalah berani mengambil risiko.
2.3
Observervant (Pemerhatian)
Usahawan yang berpandangan jauh diibaratkan sebagai orang yang
mempunyai hala tuju yang jelas. Paling hebat lagi adalah orang yang
berpandangan jauh iaitu mereka sangat yakin dengan pandangannya akan membuatkan
dirinya sentiasa kuat untuk melalui hari-hari yang mendatang. Usahawan yang
mempunyai ciri ini dikatakan seorang yang unik kerana mampu melihat masa depan
yang lebih jauh Antara usahawan yang boleh dijadikan contoh pemerhatian ini
ialah Harsukhlal Maganlal Kamdar.
Harsukhlal Maganlal Kamdar merupakan antara usahawan yg mempunyai
pandangan jauh terhadap apa yang beliau lakukan. Beliau menganggap bidang
perniagaan ini berpotensi untuk berkembang di Pulau Pinang pada satu masa nanti
setelah beliau meninjau Pulau Pinang dengan hanya mengayuh basikalnya sehinga
20 batu ke 30 batu.Buktinya, akhirnya beliau berjaya membuka sebuah kedai
Kamdar di Pulau Pinang.Selepas itu, beliau meluaskan lagi perniagaannya dengan
membuka cawangannya di Kuala Lumpurpada tahun 1973. Namun, empat tahun
kemudian, kedai itu ditutup dan lot rumah kedai yang kosong itu disewakan kepada
orang lain. Harsukhlal kemudiannya membuat keputusan untuk ke Kuala Lumpur pada
tahun tersebut iaitu tahun 1977 dan cuba untuk memperbaiki keadaan. Pada tahun
1980, dengan sikapnya yang mempunyai pandangan jauh bahawa kamdar akan berjaya
di Kuala Lumpur, akhirnya beliau berjaya membuka kedai di sana. Perniagaan
Kamdar terus berkembang pesat dan beliau terus membuka cawangan kedai di
bandar-bandar utama di seluruh Semenanjung Malaysia.
2.4
Visionary (Berwawasan)
Usahawan perlu mempunyai wawasan yang jauh dan mewujudkan matlamat
yang jelas dan boleh diukur pencapaiannya.Beliau harus peka kepada kemampuan
sendiri dan mengenalpasti halangan dalaman dan luaran supaya halangan-halangan
tersebut dapat diatasi. Usahawan sebagai pemimpin mesti mempunyai kecenderungan
untuk memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa
menggunakan tipu helah dalam mencapai matlamat perniagaan.Individu yang boleh
dijadikan model berwawasan ini ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak
pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar daripada kesilapan
yang beliau lakukan.Beliau juga merupakan seorang yang teliti dalam bidang
perniagaannya terutama mengenai pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam
sesebuah syarikat dan projek.Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang
ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam
perniagaan.Buktinya, beliau mengambil alih perniagaan bapanya dan mula semula
dengan menjual daging.Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar
bagi membeli daging yang tidak terjual.Kemudiannya, beliau membungkus daging
itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan
restoran-restoran di sekitar Alor Setar.Beliau berjaya dalam perniagaan
tersebut dan seterusnya menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam
dunia perniagaan.
2.5
Failure Is An Option (Kegagalan Adalah Satu Pilihan)
Sebagai seorang usahawan, mereka tidak akan lari daripada
menghadapi risiko kegagalan dalam perniagaan. Bagi seorang usahawan yang
mempunyai fikiran yang terbuka dan bermotivasi, mereka akan menganggap
kegagalan yang dihadapi dalam perniagaan adalah sebagai satu cabaran untuk
terus maju dan berjaya dalam perniagaan tersebut. Kegagalan ini dikatakan
sebagai suatu risiko yang akan dihadapi olehusahawan untuk berjaya.Usahawan
yang dipilih adalan Coco Chanel.
Coco Chanel merupakan seorang gadis miskin yang tidak tahu erti
kegagalan.Beliau merupakan seorang anak penjual sayur di sebuah pasar kecil di
Perancis.Beliau dibesarkan dengan kehidupan yang serba tidak mencukupi
terutamanya semasa beliau telah kehilangan ibunya semasa beliau berumur 6
tahun. Beliau banyak menlakukan pelbagai inovasi dalam mereka fesyen dan beliau
telah menemui banyak kegagalan dalam mencipta produk jenamanya sendiri
.Antaranya ialah beliau telah melalukan pelbagai fesyen seperti mencipta seluar
panjang bagi semua golongan wanita yang mana pada sebelumnya itu hanya golongan
yang berada sahaja yang memakai seluar panjang.Usaha beliau ini pada mulanya
tidak diterima masyarakat disebabkan beliau merupakan tukang jahit
bawahan.Namun, pada tahun 1914, pernigaan beliau semakin pesat dan beliau telah
membuka dua butik rasminya sendiri.Beliau juga melakukan inovasi dalam mencipta
minyak wanginya tersendiri dan hasilnya beliau menemui kegagalan dalam
mempromosikan produknya.Namun, hasil usaha beliau, akhirnya beliau dapat
memasarkan produk mereka dalam jangka masa yang panjang.Kegagalan yang beliau
lalui dapat memberikan galakan kepada beliau untuk terus maju dalam fesyen.
2.6
Open Culture (Budaya Terbuka)
Sesebuah perniagaan boleh membuat perniagaan dengan mana-mana
perniagaan yang usahawan inginkan tidak kira sama ada usahawan tempatan atau
luar negara.Memahami perbezaan budaya adalah sangat penting kepada kejayaan
sesebuah syarikat dalam duniaperniagaanantarabangsa. Usahawan akan menerima
cabaran dalam membentangkan dan memperluaskan perniagaan dalam horizon baru,
dan ia benar-benar penting memahami sepenuhnya apa yang dibincangkan dalam
pasaran baru yang merupakan perancangan untuk memperluaskan perniagaan. Contoh
usahawan yang mempunyai ciri budaya terbuka ialah Datuk Wira Dr Maznah Hamid
Datuk Wira Dr.Maznah Hamid adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan
Securiforce.Beliau juga merupakan seorang pakar motivasi yang terkenal di
Malaysia.Beliau adalah usahawan yang menubuhkan Securiforce di Malaysia. Beliau
telah banyak bertungkus lumus dalam usaha membawa Securiforce yang tidak
dikenali langsung 30 tahun dahulu supaya menjadi sebuah syarikat kawalan
keselamatan yang terbesar di Malaysia Beliau kini mempunyai lebih 65 buah
cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan
senjata api dan puluhan van kalis peluru.Bagi menepati keperluan semasa,
Securiforce juga turut bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat
antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat,
laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa
meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Kesemua anak syarikatnya
ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank.
Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan
masyarakat.Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya
adalah dirinya sendiri'
2.7
Outcome Oriented (Keputusan Berdasarkan Pengeluaran)
Sebelum usahawan membuat sebarang keputusan dalam
perniagaan,usahawan akan membuat kertas kerja yang menunjukkan keputusan atau
hasil akhir bagi sesuatu pengeluaran yang dibuat sama ada mendatangkan
keuntungan yang banyak atau sedikit .oleh itu, usahawan akan membuat
penyelidikan dengan beberapa contoh kertas kerja dengan pengeluaran yang
berbeza.setelah itu, memilih pengeluaran yang ingin dilaksanakan yang
mendatangkan keputusan yang paling baik dan dapat membawa keuntungan yang
tinggi pada perniagaan.Contoh usahawan yang menggunakan kaedah keputusan
berdasarkan pengeluaran ialah Philip H Knight.
Philip merupakan seorang usahawan yang menghasilkan produk jenama
NIKE yang terkenal diseluruh dunia dengan pengeluaran produk yang sangat selesa
dan cantik di mata pelanggannya. Dalam tempoh pembelajaran dalam bidang
Perniagaan ini, Philip menyedari dimana beliau adalah seorang usahawan.Beliau
membuat beberapa pelan perniagaan.Philip membentangkan hasil kertas kerja beliau
semasa di Universiti.Beliau terbang ke Jepun dan menemui jenama kasut lari
Tiger yang dikeluarkan di Kobe oleh Co Onitsuka, Pengeluar Adidas tiruan di
Jepun. Kertas kerja dibentangkan oleh Philip telah menarik minat pelabur dengan
menawarkan kualiti dan kos yang rendah. Beliau telah berkerjasama dengan
En.Onitsuka dan mendapat hak pengedaran Tiger bagi Amerika Syarikat
Barat.Philip mengambil masa selama setahun lebih untuk membuat analisa sampel
pertama kasut Tiger yang dihantar kepada beliau.Philip mendapat sampel kasut,
beliau menerima Rang Undang-Undang Bowerman di Eugene. Kejutan yang diterima
oleh Philip, Bowerman telah ditawarkan untuk menjadi rakan kongsi dan akan
menyediakan beberapa idea rekabentuk untuk kasut bagi perniagaan mereka
berjalan lancar dan mendapat perhatian dari rakyat.
2.8
Team Oriented (Berorientasikan Berpasukan)
Setiap usahawan yang berjaya perlulah mempunyai semangat
berpasukan antara satu sama lain. Hal ini akan memupuk semangat berpasukan
antara usahawan dan usahawan yang lain. Semangat ini dapat diwujudkan
seandainya ada interaksi bantu membantu dalam pasukan.Untuk berjaya pada tugas
di tangan semua yang terlibat perlu untuk menggabungkan usaha mereka. Jika
semua orang melakukan kerja mereka dengan baik, matlamat sesebuah pasukan akan
tercapai dengan jayanya. Kerjasama adalah sesuatu yang mesti
menjadi keutamaan yang tinggi dan diberi perhatian secara berterusan. Setiap
ahli perlu memahami bagaimana pentingnya bagi mereka untuk bekerja dengan
lancar bersama-sama sekiranya mahuberjaya.Contoh usahawan yang berjaya ialah
Larry Pages dan Sergey Brin iaitu mereka merupakan pengasas Google.
Larry Pages dan Sergey Brin adalah pengasas Google.Mereka
bekerjasama dalam mencapai matlamat mereka sebagai usahawan Google yang berjaya
di pelosok dunia. Pages merupakan seorang pemegang ijazah sarjana muda sains
dengan kepujian dalam kejuruteraan computer dari University of Michigan dan
ijazah sarjana dalam Sains Komputer dari Stanford University. Brin pula
merupakan lulusan ijazah sarjana muda dari University of Maryland dan Brin
mengikut jejak langkah ayah dan datuknya dengan mengikuti pengajian dalam
matematik dan sainskomputer. Pages dan Brin bekerjasama membuat projek kajian
mereka yang dipanggil ‘Backrub’.Mereka mengaplikasikan sistem perlombongan data
(Data Mining) untuk menghasilkan sebuah enjin carian yang hebat. Aplikasi itu
kemudiannya menjadi popular di Stanford dan mereka menangguhkan pengajian PhD
mereka dan memberi focus kepada pembangunan enjin carian Google.Pada Ogos 1996,
versi awal Google telah dilancarkan dan masih lagi bertapak di laman web
Stanford University.
2.9
Proactive (Proaktif)
Setiap usahawan yang berjaya haruslah memiliki sifat proaktif
.Sikap proaktif amatlah penting dalam berbisnes kerana seseorang mampu
menangkap peluang yang ada, memiliki visi yang jelas ke depan, selalu aktif dan
memikirkan apa yang dapat mereka lakukan untuk meningkatkan kualiti
kehidupannya.Usahawan yang proaktif ini selalunya bertanggungjawab terhadap
tindakannya sendiri dan berfikir sebelum bertindak. Usahawan bertindak aktif
namun tetap mengacu pada nilai-nilai yang diyakininya. Tapi perlu disedari
bahawa segala tindakan yang dilakukan mempunyai kesan-kesan yang perlu dihadapi
dimasa akan datang. Kerana kita tahu bahawa setiap tindakan itu mempunyai
akibatnya yang tersendiri.Contoh Usahawan yang proaktif ialah Tony Fernandes
iaitu merupakan pengasas Air Asia.
Tony Fernandes ialah pengasas dan peneraju syarikat penerbangan
tambang murah Air Asia.Beliau sangat proaktif dalam setiap tindakannya dan
beliau mampu mencapai matlamatnya sebagai usahawan Air Asia.Beliau melibatkan
diri sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi Air Asia, syarikat
penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia.Kejayaan luar biasa selalunya
dihasilkan oleh seseorang yang juga mempunyai peribadi yang luar biasa yang
membantu dalam setiap langkah yang dilalui.Pencapaian Fernandes yang terbesar
ialah pemulihan syarikat Air Asia sebagai sebuah syarikat penerbangan
antarabangsa.Sebelum beliau memasuki perindustrian ini, negara-negara di
Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit
Terbuka.Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah meminta Dr. Mahathir untuk
mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan
Singapura.Bukan mudah kepada seseorang untuk berjaya melainkan usaha dan
memiliki sifat-sifat yang positif di dalam diri setiap individu.
3.0
TUGASAN 2
Biodata STEVE JOBS
Nama sebenar beliau ialah Steven Paul "Steve" Jobs
(Steve Jobs).Beliau juga bekerja sebagai seorang ketua atau CEO Apple.Inc.
Steve jobs beragama Buddha. Nama isteri beliau ialah Laurene Powell.Beliau
wafat pada 5 oktober semasa berumur 56 tahun.Dilahirkan di San Fransisco oleh
ibunya Joanne Simpson dan ayahnya Abdulfattah Jandali mahasiswa tamu dari Syria
yang kemudian menjadi profesor ilmu politik.Sejak bayi beliau diadopsi Paul dan
Clara Jobs dari Mountain View, Santa Clara County California. Orang tua angkat
inilah yang memberikan nama Steven Jobs. Orang tua biologisnya kelak menikah
dan memberinya adik perempuan bernama Mona Simpson yang kini terkenal sebagai
novelis.
Di tahun 1972, Jobs lulus dari SMA Homestead di Cupertino,
California dan diterima di Reed College di Portland, Oregon, tapi dikeluarkan
setelah satu semester. Tapi ia segera mendaftar ke Reed College, salah satu hal
yang dipelajari di sini kaligrafi.
Di musim gugur tahun 1974, Jobs kembali ke California dan mulai
menghadiri pertemuan "Homebrew Computer Club" dengan Steve
Wozniak.Dia dan Wozniak bersama bekerja di Atari Inc., sebuah perusahaan
pembuat permainan komputer yang terkenal, dengan jabatan sebagai perancang
permainannya.Motivasinya saat itu adalah mengumpulkan wang untuk melakukan
perjalanan spiritual ke India.
Steve Jobs kemudian melakukan perjalanan pencerahan spritual ke
India bersama temannya di Reed College, Daniel Kottke, yang kemudian hari
menjadi pegawai Apple yang pertama. Kembali dari India dia menjadi Buddhist dengan
rambut dicukur dan mengenakan pakaian tradisional India Selama masa ini ia
mempraktekkan psychedelics (semacam meditasi, saat itu Jobs sering dianggap
aneh, karena berjalan telanjang kaki di atas Salju- ini semacam meditasi
kesadaran). Ini adalah dua atau tiga hal yang paling penting dalam hidup yang
pernah ia lakukan dalam hidupnya.
3.1 Open Risk Taker
(Sanggup Mengambil Risiko)
Selain itu, sifat yang dimiliki Steve jobs ialah sifat berani
mengambil risiko. Dengan sifat ini, Steve Jobs bersedia untuk memasarkan
produk perusahaannya demi diperkembangkan. Banyak CEO tidak berani untuk
mengembangkan iPhone, tetapi Steve Jobs tetap melakukannya. Steve Jobs
juga tidak pernah berhenti untuk memperjuangkan visi dalam hidupnya untuk
mendapatkan apa yang ia miliki saat ini.Salah satu langkah revolusioner Jobs
adalah bergabung dengan Microsoft saat Apple hampir muflis. Jika ia tak mengambil
langkah tersebut, mungkin tidak terhasilnya Macbook, iPhone, iPad, maupun iPod
sekarang ini.
3.2 Visionary
(Berwawasan)
Semangat Steve Jobs telah digunakan untuk mengendalikan isu-isu
besar dan kecil. Sesetengah CEO berwawasan besar manakala yang lain mengetahui
bahawa Tuhan sudah sedia membantu mereka. Pada tahun 2000, Steve Jobs mempunyai
visi yang besar bahawa komputer peribadi merupakan pusat ataupun hab untuk
menguruskan hal pengguna.Dengan hab dalam fikiran, beliau membangunkan pelbagai
jenis nod, melancarkan alatan peribadi. Pada tahun 2010 beliau telah
memperkenalkan pengganti strategi-hab ini secara meluas dan berharap Apple akan
menjadi transaksi yang lebar untuk memuat naik dan kandungan penyegerakan.
3.3 Failure Is An Option
(Kegagalan Sebagai Satu Pilihan)
Steve Jobs selalu menjadikan kegagalan sebagai pengajaran dalam
hidupnya. Steve Jobs juga mempelajari bagaimana cekera keras yang dihasilkan
dengan sendiri dengankos yang agak tinggi untuk menghasilkan cakera keras
tersebut. Namun begitu, usahanya tidak mendatangkan hasil yang beliau
harapkan.Akhirnya, syarikat Sony telah membeli cakera keras daripada hasil
usaha Steve Jobs tersebut. Untuk mencapai kejayaan, tindakan dan strategi yang
diperlukan semasa gagal adalah penting untuk mencapai apa yang kita inginkan.
3.4 Open Culture (Budaya
Terbuka)
Steve Jobs telah berjaya mengubah budaya organisasi sebagai budaya
terbuka dari segi kepimpinannya. Melalui pengalaman yang diperolehi semasa
merantau dibeberapa buah negara, Steve Jobs mengadaptasikan pengalaman beliau
untuk membentuk sistem pengurusannya sendiri sehingga membentuk sebuah budaya
kerja untuk pekerjanya. selain itu beliau juga menggunakan budaya terbuka dari
segi jenis pelanggannya. masyarakat seluruh negara adalah pelanggannya,
beliau mengeluarkan ciptaannya iaitu iPhone yang sesuai dan mengikut citarasa
pelanggannya dari seluruh negara.
3.5 Proactive (Proaktif)
Antara salah satu sifat yang ada pada Steve Jobs ialah sifat
proaktif . Dengan sifat proaktif inilah Steve jobs dapat mengembangkan syarikat
Apple komputer nya di pelosok dunia. Beliau mampu menangkap peluang yang ada,
memiliki visi yang jelas ke depan, selalu aktif dan memikirkan apa yang
dapat beliau lakukan untuk meningkatkan kualiti kehidupannya. Daripada syarikat
sederhana, Apple berkembang menjadi satu daripada firma paling
bernilai di dunia kini. Presiden Barack Obama turut memberi penghormatan ke
atas Jobs dengan menggelarnya sebagai “pakar inovasi terhebat” yang
mengubah hidup manusia dan memberi makna baru kepada keseluruhan industri.
Beliau memberikan sumbangan kepada dunia dengan karyanya yang sukses
seperti mengenai telefon pintar seperti iPod, iPhone, iPad, laptop, komputer,
dan gajet-gajet yang lain.
4.0
KESIMPULAN
Seseorang usahawan perlu mempunyai ciri-ciri keusahawanan
yang boleh menjadikannya berdisiplin, cekal serta sentiasa memikirkan sesuatu
untuk terus berdaya saing dan berdaya maju.Ciri-ciri ini mungkin atau secara
semula jadi pada usahawan atau perlu diperolehi dan dibentuk. Usahawan sendiri
yang perlu menentukan sama ada beliau ingin memiliki ciri-ciri ini atau tidak.
Kita dapat melihat
bahawa kebanyakan faktor-faktor yang boleh menjadikan seseorang usahawan
berjaya dengan cemerlang terletak pada usahawan itu sendiri.Faktor-faktor ini
terletak pada kemampuan usahawan untuk mengawal dan memperbaikinya.Oleh itu
dalam keadaan biasa, usahawan tidak seharusnya menyalahkan pihak-pihak lain
apabila menemui kegagalan.
Usahawan hendaklah
sentiasa melihat kepada diri sendiri dan bersedia memperbaiki apa juga
kelemahan yang ada. Walau apa juga diperkatakan, kaedah mengejar kecemerlangan
dalam keusahawanan adalah sama seperti mengejar kecemerlangan dalam apa jua
bidang lain. Tiada jalan ringkas dan pengganti bagi usaha yang gigih dan tekun.
Dengan ini, kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan
dalam melahirkan usahawan yang berkemampuan dan bertaraf antarabangsa serta
pekerja mahir adalah tinggi.Dalam pembangunan pesat ekonomi sekarang, keperluan
dalam meningkatkan penyertaan bumiputera dalam kegiatan perindustrian dan
perdagangan di samping memenuhi hasrat dan objektif pembangunan negara serta
merealisasikan wawasan 2020 juga telah menjadi satu kesedaran umum.
|